Friday, November 25, 2016

Year End SSPN savings and lucky draw promo

Hi folks!

Almost year end now...have you done all the necessary savings for your tax relief?

I just received the following notice (in Bahasa Melayu):
(For more information refer to their website here.)


Cheers!

Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Cawangan Puchong

 

 

Tuan/Puan Yang Dihormati,

 

Kami akan mengadakan 'Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Cawangan Puchong. Kami berbesar hati menjemput tuan/puan datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Pelbagai aktiviti dan cenderahati menarik disediakan. Siapa cepat dia dapat... tertakluk kepada stok yang ada. Jom datang beramai-ramai!!!

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah rundingan bayaran balik dan penabungan di dalam SSPN-i  serta SSPN-i Plus. Terkini...transaksi tanpa tunai melalui Kad Kredit, Kad Debit, Kad ATM dan secara online boleh dilakukan di lokasi promosi...lebih mudah, cepat dan selamat.

 

Apa Aktivitinya???? 

 

Ø  Kaunter Promosi PTPTN

Ø  Pertandingan Mewarna

Ø  Susun Puzzle

Ø  Cabutan Hadiah 

Ø  Teka Bilangan

Ø  Musical Chair

Ø  Tiub Belon

Ø  Susun Cawan

Ø  Kutip Gula-Gula

 

 

Ada Promosi Hebat Lagi???? 

 

Ya! Dengan Serendah RM50 bagi pembukaan akaun SSPN-i Plus, tuan/puan layak menyertai PROMOSI CABUTAN WOW! tuan/puan juga mungkin pemilik kereta Proton Perdana, Honda Jazz, Toyota Vios dan Motosikal Kawasaki. Lebih 300 hadiah bernilai RM1,500,000 untuk dimenangi. WOW... hebatnya!!! jangan lepaskan peluang penabungan dengan SSPN-i Plus (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

Keistimewaan SSPN-i Plus :

 

·         Simpanan dijamin kerajaan;

·         Dividen kompetitif;

·         Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun;

·         Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak;

·         Elaun kemasukan hospital;

·         Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal;

·         Manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000;

·         Tiada pemeriksaan kesihatan;

·         Komitmen serendah RM30 sebulan;dan

·         Layak memohon pinjaman PTPTN.

 

Kunjungilah 'Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Cawangan Puchong bertempat di Ruang Legar, Aras 1, Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada 26 November 2016 (Sabtu), mulai 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Sambil menabung sertailah aktiviti-aktiviti yang disediakan dan rebutlah cenderahati menarik daripada kami selagi stok masih ada. 

 

Maklumat lanjut, hubungi :

·         Puan Mastura Binti Mahmood : 019-327  2599

·         Puan Rabi'atul Adawiah Binti Azis : 019-364 1299

·         Encik Anuar Bin Latif : 011-1420 2033

·         Encik Faizatul Husni Binti Hussain : 012-628 6054

·         Encik Bijasari Bin Abdul Mutalib : 012-920 1327

·         Lokasi 'Hari Mesra Pelanggan' 



No comments: